Khamis, 2 September 2010

Doa Pendinding dan Murah Rezeki

Wirid Untuk Menghilangkan Kesusahan

”LAA ILAAHA ILLALLAAHUL ’AZHIIMUL HALIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU NUURUS SAMAAWATI WA RAB BUL ’ARSYIL KARIIM”
Ertinya:
Tiada Tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah yang Agung lagi Penyantun, tiada Tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah yang menyinari seluruh langit dan yang menguasai Arasy yang mulia.
Baca wirid ini 3 kali, 113 kali, atau 313 kali, setiap kali lepas solat fardhu yang lima. Insya’Allah, dengan mengamalkan wirid ini, segala kesusahan anda akan hilang dan di gantikan dengan kebahagian hidup. Wirid ini juga dapat mengubah dan mempengaruhi tingkah laku isteri, anak-anak, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling terhadap anda.

Menghindari Dari Sihir/Iblis/Syaitan

Bagi mereka yang ingin menghindari dari Sihir/Iblis dan Syaitan sila amalkan ayat ini iaitu dari Surat Saafaat Ayat 7 "Waahifzom Minkullisyaito Nimmaa'rid"